Friday, November 02, 2007

Malam ini malam Jumaat.

Kesokan harinya Sabtu, aku merasa seperti ingin terbang sambil melayangkan tendangan bagaikan tiada apa apa yang boleh meresahkan diriku.

Aku mahu main bola!

Juen di manakah kamu?
(Menurut Mei Hsuan, kamu sudah pun habis peperiksaan tetapi aku masih tidak melihat batang hidungmu di senarai 'online' messengerku)

Dan mengapa padang sekolah harus diubahsuai(renovate?!) pada masa sebegini?

Ah , aku tidak peduli, yang penting aku mesti beristirehat secukup-cukupnya pada hujung minggu ini.Biarpun hanya membeli-belah ataupun setakat jalan jalan makan angin di Kuala Lumpur.

Aku memang menganggur(jobless) dan setelah berbulan-bulan aku tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk tujuan penulisan sebegini, aku berasa seperti orang bodoh pula kerana mengeblog dengan menggunakan ayat-ayat skema seperti ini.

Peergh!
wtf.

suntingan:
Yeelyn pun dikira menganggur juga kerana gemar membuat kecoh di blog ini sambil melontarkan nama samaran yang sememangnya pelik dan hanya difahami olehnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home